Wednesday, May 18, 2011

sepanjang dua minggu


Salam and Hello Polo ;)

heyy, aku kembali bersua dan kembali menatap muka blogger ini. dengan secara tiba-tiba aku jadi orang yang paling sibuk di opis ni, kira tak masuk kerja berminggu dah la tu, buat Apartment Permint Harmoni sebagai tempat transit hanya beberapa jam sahaja *giler ar, tak pernah ku duga kerja ku merayap sana sini selama sebulan*



Sebelum dikerjakan kerja yang bertubi-tubi, lepak Old Town dengan hati girang



Karnival 1 ICU JPM di Merang Suria Resort, Setiu
*masuk acara mummy dressing, mujur tak jadi mummy kalau tak habis muka nanti di conteng-conteng dengan lipstik*



Mummy yang dah siap di dress-kan
*dressing kena ada tema, kumpulan aku main tibai je tak sempat nak pikir tema apa. kasi bungkus saja. bila dah siap, tema pocong rupanya. ha ha ha.*



Nama pun Karnival 1 ICU, inilah group aku, tak kenal sesiapa pon tapi bila dah main game semua dah macam kenal lama



Tarik tali
*fuahaha nampak kegagahan group PPN Negeri lawan HQ. haruslah PPN Negeri menang kan*



Habis karvinal transit rumah sehari then terus gerak ke INTIM Kemaman
*kami berbengkel sambil berhibur. ewahh sila perhatikan ini adalah tempat karaoke, serius dah macam nak artis buat persembahan di dewan teater*



Sangat kusyuk semasa berbengkel
*ha ha ha, padahal melayan buku muka ^^, group kami macam tak dihiraukan sangat, katanya kami ni dah terrer. glup!*



Santai tepi pantai selepas penat bersukan
*bersama geng-geng*



Habis bengkel, seperti biasa transit rumah sehari then terus ke Tok Bali, Bachok Kelantan
*pergi atas urusan kerja pulak, hua hua aku semakin gigih kini*



View di Resort tersebut
*walaupon pantainya boleh mandi manda, tidaknya aku nak menjejakkan kaki ke air itu, kulit ini semakin menggelap sebab asik berada di tepian pantai sahaja semanjang minggu. lolx*



Tunggu siapa tu daro?



Oleh kerana bos-bos terpaksa balik awal, aku la jadi penggantinya wakil dari ICU
*1st time nak berucap depan orang nih, hentam sajalah labuu*



Aktiviti semalam, ada rewang di rumah Pengarah kami sempena majlis apa ntah. Terlibat pulak dengan aktiviti masak memasak walaupun aku ini jarang nak memasak
*lepas satu, satu kerja dapur kena buat. ingatkan dah siap comey-comey tak nak buat kerja lagi, adoii kena goreng keropok pulak*



Selepas tazkirah dan solat isya, poya-poya bergambar didapur sambil menggoreng ikan



Ahli-ahli dapur yang gigih menyediakan makanan
*gediks kau syiro!*



Dah siap masak, kita makann
*makanan yang ditambah sama banyak dengan makanan yang diambil pada mula-mula. yang ini gambar semasa menikmati dua potong kek ^^*



sekian, sebab malas nak taip-taip lagi. bye
[kena pergi meeting di Putrajaya pulak esok]

Sunday, May 8, 2011

Hari Ibu


Assalamualaikum Hello

Selamat Hari Ibu untuk Mak ;)


Memang anak mak lah, sebijik tiru muka mak. Orang kata kalau muka anak perempuan ikut muka mak, nanti panas. apa yang panas? aku ngan mak aku ngam je, mintaklah nak baju berapa harga pon dapat je, he he he.


Selamat hari ibu juga untuk ipar i ini, apa macam bila dah jadi ibu sebulan lebih ni? selamat tak tidur malam yer.


Kepada semua ibu-ibu Selamat Hari Ibu. jadilah ibu yang terbaik untuk anak-anak, kalau rasa nak jadi ibu yang jahat baik kau jangan jadi ibu mahupon ibu tiri T_T' lolx!

bye

Tuesday, May 3, 2011

balik kampung


Assalamualaikum dan Hello Polo ^^

haishh badan hari ini sangat sakit-sakit penat drive semalam tak hilang lagi, mata ni pon ngantok-ngantok je rasa nak balik rumah guling-guling depan tv. beberapa hari berada kat kampung memang sangat bahagio lah, makan tido, jalan-jalan dan duduk ngadap budak kecik dah tak herankan tv bila ada budak kecik kat rumah tu. he he he.


Budak kecik Naufal sedang landing di katil barunya sebelum rambut dia di cukur
*budak kecik dah jadi budak botak. hik hik hik*



Me, Maklang & Mak
*dah macam penyanyi nasyid, aku leader nye*



Ayah menunjukkan bakat menggunting rambut cucu kesayangan dia ^^



Ayah naufal yang dah loyer dukung lama-lama. ha ha ha.



Ewahh i pon nak try juga
*Naufal dapat banyak duit, mama long nak cikit ek T_T*



Sorry yer Naufal, mama long tengok je tak berani nak dukung lagi T_T



Mak yang sangat suka kacau naufal nak tidur. lolx.
*sangat ketara perbezaan warna kulit!*



Majlis Cukur Jambul Naufal & Ulang Tahun Perkahwinan mereka yang pertama
*semoga berbahagia selamanya ^^*



Atok dan Cucu
*mak cakap dia lebih sayangkan cucu dari anak dia! ciss kecik ati!*



After majlis di Kuala Pilah, masing-masing berpakat untuk merayap-rayap ke Seremban. kebetulan aku memang dah lama tak jejalan di seremban, dolu inilah tompek den menuntut ilmu.
*mama long yang sangat gemar bergaya cekak pinggang, itu jo yang den tau!*



Sape nampak kecederaan waras itu? sila perhatikan betul-betul



Solopeh bojalan-jalan dokek Jusco Soromban 2, adik yang bongsu ni mengajak pulak ke Terminal One nak soping. serius dah bertahun-tahun aku tak masuk tempat nih. tak banyak yang berubah, kedai-kedai masih sama. rasa macam aku masih berada dizaman awal 2000 an lagi. he he he.



Ini gambar tidak ada kena mengena dengan gambar percutian minggu lepas. cuma baru je dicopy dari kamera adik minggu lepas. kejadian gambar pada pertengahan bulan lepas.
*sangat suka dengan pose aku masa nih termasuklah awan yang awesome*


Sekian, lain kali kite sambung lagi ek
bye