Tuesday, January 20, 2015

buang debu sikit-sikit

Assalamualaikum & helo polo ^^


Suam-suam kuku je sekarang ni nak menaip dalam blog. Idea lagilah tak ada untuk ditaipkan. Baca blog orang? jarang sangat. Entah mana agaknya hobi yang lama tu.

Sungguhpon kerja di awal-awal tahun ni agak berkurangan, lebih-lebih lagi banyak projek yang KIV, melanguk je datang opis. Nak layan korea pon dah berkurangan. Banyak drama yang pending, tunggu ada mood lah baru tengok semula *uwarkhh ko dah kenapa CikRa? dah kenapa malas sangat?*



qu puteh ke? haha
*jangan nak perasan!*
Tahun baru ni belum ada sesuatu yang 'awesome' berlaku. Rutin seharian berulang benda yang sama jek, adehh *vosan betul hidup ko CikRa*

Oh lupa, this CNY adik mahu bertunang. hoho. 
Setakat ni belum terdengar lagi apa-apa orang cakap pasal aku, hope korang jangan bunyi-bunyi okeh. CikRa bagi peluang pada adik-adik mengecapi kebahagian dulu. Kakaknya tunggu la dulu. Kalau ada jodohnya adalah nanti, kalau tak macam ni lah kite. Siap sedialah dari sekarang menyimpan duit untuk dimasa tua  -_-

okeh bye


Thursday, October 2, 2014

krik krik

Assalamualaikum & helo polo ^^



Dan hujan pon turun dengan lebatnya *krik krik*
Sememangnya KL sedang dilimpahi hujan yang lebat.

"Minyak naik dua posen
GST
Harga barang naik
Harga rumah naik
Rakyat semua dah terbeban
BR1M naik
Ape guna br1m tu?"

Sana sini cakap pasal tu, WA la, FB la, Twit la *feningg*

Itu semua dari mulut mereka. me? no comment. Hidup saya masih di flow nye. Belum terasa apa-apa lagi, mungkin belum ada sebarang tanggungngan. Atau saya ni yang sememangnya buat tak endah saja, okeh yang itu betul hihi.

Semua perkara yang dibuat pasti ada sebab. Contohnya saya pakai baju putih hari ini sebab nak nampak somel *erkk* contoh katanya kan. Ada kena mengena ke dengan minyak naik dua posen nih? haha. 





CikRa yang somel, kihkih
*sila jangan muntah*





Nah saya belanja lagu Catallena

bye.

Wednesday, September 10, 2014

Entry raya yang dah habis raya

Assalamualaikum & Helo polo ^^



Fuaaa, berzaman rasanya tak update blog. Sibuk sangat ke? Adehh. Tak sempat la, banyak benda nak benda nak kena buat *mana nak buat kerja, mana nak bergosip, mana nak tengok kpop!* masa sangat terhad rasanya. Balik rumah pon berguling tengok tv lepas tu tv tengok kite balik, hihi *nampak sangat pemalas si daro ni! seb baik idup sesorang jek ahaha*


Okeh ini nak buat entry sempena raya yang dah lama habis. Ye memandangkan ada kawan-kawan yang tertunggu-tunggu entry raya maka ku gagahkan jua menaip, kihkih.


Dari bulan puasa hari tu nak masuk meeting untuk jamuan raya cawangan. Candylicious mula-mula temanya. Gembira la sebab baju raya iolls tahun ni agak licious ghupernye, haha. 


Lepas beberapa kali meeting bertukar kepada tema "Keinsafan Syawal" sempena macam-macam yang terjadi sepanjang Ramadhan #mh17 #mh370 #gaza dan dirangkumkan sekali. Maka secara insaf kami menyambunya kali ini.


Insaf ke? ye, insaf insaf insaf




Dedayang makanan

Kebiasaan kami buat di Dewan TIMA. Memandangkan dewan tersebut sudah disewakan kepada Kolej yang bakal bertapak di TIMA ini, kite buat ajelah kat tingkat 11 & 7, kata nak insaf kan.

Unit kami jadi AJK Makanan. Bos besau cakap jadi AJK makan senang, cuma buat food testing lepas tu pilih dan hidang untuk makan-makan. Cakap memang sonang bos.

Makanan lambat, kita kena
Makanan tak sedap & basi, kita kena
Makanan tak cukup, kita kena
Surf makanan pon kita kena bos
ohoiiii

*tak dapat bayangkan macam mana nanti kami ni berkerja di celahan student kolej, rasanya JKR dah boleh buatkan satu bangunan untuk kami, tak perlu bercampur gaul dengan budak-budak, hihi*



And another dedayang di tingkat 11

Iolls with dedayang surf makanan di tingkat 7, yang mana kat situ ku anggarkan tak ramai bos-bos yang turun, hehe. Bos-bos tak ramai disitu memandangkan tempat kami tak vogue seperti di tingkat 11.



Opis mate
Dah selesai menjamu selera, bergambar la pulak kan, itu adalah perkara wajib
*eh sikit pulak orang tahun ni kan, nampak sangat.....*



Dedayang lagi
Sengaja memilih memakai baju warna biru. Baru match kan dengan warna-warna tema, hihi
*semua orang pakai baju baru, iolls je pakai baju raya tahun lepas, ah ade aku kisah, haha*




alaa tomei tomei tomei
*oh sila jangan mual*



CikRa dengan background yang simple n somel
*memang seimbang la warna-warna yang iolls pakai dengan background* 



Sila hulur huruf-huruf konsonan yer kawan-kawan buka huruf vokal, haha

Sebelum mengundurkan diri, CikRa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, lolx
Big thanks kepada kawan-kawan yang banyak membantu
Tahun depan kita jangan jadi AJK lagi la, kita jadi tetamu jemputan sajalah, hihi


Bye