Thursday, August 5, 2010

m i x



Random gambar gambar yang di snap guna handphone semalam dan hari ini


h a r i . i n i


Topi yang bakal digunakan oleh crew sukanika hari keluarga hujung minggu ni
*amoi, mau jual ini sayur mau beli ka?*



*crew yang cuba menggayakan topi tersebut!*
aku tidak termasuk sebagai crew, sebab nak masuk semua acara sukanika yang ada*


s e m a l a m




Sebelum balik borak borak dulu dengan bos ni. cerita semua benda yang tak puas hati. bunyinya macam besar je masalahnya, kecik je. bos ni tak puas hati sebab anak buah dia yang jadi AJK untuk keselamatan dan kebersihan kena cuci pinggan mangkuk, periuk belanga semua selepas hari keluarga hujung minggu ni.

Oh lupa nak cerita, hujung minggu ni ada hari keluarga PPPNT di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu. aku telah meng-cancel-kan aktiviti yang telah aku plan dengan mak. tak jadi turun KL untuk cari baju raya. punah harapan nak pakai kebaya nyonya di pagi raya *sadisss* mana nak cekau baju raya sekarang ni kalau aku tak balik kampung sepanjang bulan puasa nanti. huhhh. baju raya tahun lepas ke? tidakkk. sepertinya baju raya akan dibeli di hari raya. okeh, barulah dikira sebagai baju raya. betulkan?

dah.. nak balik rumah nak tidur dan berbuka.

Tuesday, August 3, 2010

t v . s h o w



Mesti hairan kan sebab lately ni aku update blog hari hari walaupon cerita ntah apa apa. Saje suka suka *boleh tak jawapan aku macam tu?* Jiran sebelah rumah yang paksa aku update blog hari hari sebenarnya *jiran sebelah pun tak kenal okeh sebenarnya!*


Kali ni aku nak kongsi cerita yang aku suka tonton kat TV ataupun DVD.


Cerita ni aku tonton dah kat TV8 tahun lepas dan tak tengok episod akhir dia!, balik kampung bulan lepas aku beli DVD cerita ni. dah khatam 1 kali dan sekarang nak tonton untuk kali ke 2. hehe. tonton hari hari pun takpe cerita ni, Gu Jun Pyo punya pasal. terima kasih kepada hajar kerana telah meletakkan TV LCD yang besar itu dihadapan tempat tidur beserta DVD Player. *heaven bila menonton DVD*



Cerita ni tonton di TV 7 setiap Selasa jam 8.30 malam. Najwani yang kenalkan cerita ni kat aku *sekarang dah ketagih nak tengok cerita ni!* cerita ni ala ala high school musical. dialong dan menyanyi dan menyanyi lagi.



Cerita baru di KBS 303. baru episod 4 lebih kurang. Okeh juga cerita ni.
*hero dia nama Tekgu, macam pelik nama dia*



Siri yang mesti tonton setiap season



Reality TV yang selalu sangat ter-miss nak tonton


Ada lagi cerita yang aku tonton, macam cite duyung yang merepek tu, cerita masak masak kat AFC dan suka tengok cerita P.Ramlee *hajar marah betul kalau aku bukak cerita nih!*








c e r i t a . t e m p e l a n . l a g i




Ni la laksa johor di Laksa Shack yang aku idam idamkan sekarang nih. bilalah boleh makan ni?



Cute cupcakes
Nak sangat belajar buat cup cakes ni, bolehlah raya ni letak kat atas meja.
*nak cari resepi buat cup cake ni lah, mak belikan mixer baru untuk along!*




s e k i a n

Monday, August 2, 2010

f u h h h



Finally siap jugak plan rumah Pengarah opis aku nih *tapi drawing untuk section aku tak buat lagi.. sangat pening bila sebut nak buat section*. Sangat lama tak sentuh AutoCAD untuk buat drawing. Mula mula terkebil kebil jugaklah. Command pon dah banyak yang lupa *menung dulu mengadap AutoCAD ni nak ingat Command yang aku selalu guna* lama lama ingat jugaklah. nak tanya orang sekeliling, for sure dia tak tau! * technician sila ambil tau sikit pasal AutoCAD ni*

En. Pengarah ni dah bagi sketch rumah yang dia nak, so senang la sikit keje aku. Ikut seperti apa yang dia nak. Tapi ada jugaklah yang aku ubah sikit sikit ikut kesesuaian. Part bumbung dia nak bumbung Limas *kena cari contoh contoh bumbung limas, aku sendiri pon dah lupa cam mana*


Floor Plan



Roof Plan
*aku rasa cam ade yang tak kena je kat bumbung nih, ada sesiapa yang boleh betulkan*



Elevation



Elevation *jugak*




CIKGU yang kat JKR tu sila tolong sayo >.<
bape jota ek nak mintak ngan En. Pengarah nih?