Thursday, April 21, 2011

drama ulang-ulang


Hello Polo. Hari ini nak tukar kata ganti nama aku kepada saya. Entry kali ini nak buat sorotan drama-drama korea yang saya pernah tonton sekali dua atau dah ulang 3-4 kali. Akceli ada banyak drama bersiri yang dah ditonton seawal tahun 2000 hingga sekarang, agak letih la kalau nak letak semua kat sini, korang pon scroll bukan baca sangat bila banyak-banyak tulisan nih.


Dolu-dolu tengok drama bersiri korea ni kat TV2 first dia tayangkan tanpa mengalih suara. sekarang ni kalau tengok kat TV semua sudah dialih bahasa kecuali di KBS.


"oppa saranghae"



Stairway to Heaven
Bukan main melalak lagi tengok cerita nih, bengkak-bengkak mata. Hero Kwon Sang Woo, masa ni dialah hero paling kacak. kalau saya sebut Oppa tu takda orang lain dia lah. ha ha ha.



Sad Sonata a.k.a Sad Love Story
Ini satu lagi drama lakonan Kwon Sang Woo. hero ni memang air mata lah weh. Dulu dengan mak cik kalau keluar ke Bahau mesti nak balik rumah sebelum jam 6 wajib nak tengok cerita nih. padahal Bahau dengan rumah amik masa 1 jam, bertapa cepatnya kami ber-shooping dikala keluar rumah jam 2 petang *oppa punya pasal T_T*



Full House
Cerita ni memang tak payah cerita la, majoriti semua orang tau. kat TV pun banyak kali ulang tayang *dah ulang banyak kali pon tengok jugak* Suka cerita yang jenisnya macam ni, romantik komedi. Rain oh Hujan.



Sorry, I Love You
Cerita ni main kat Astro, lama dah sekarang takda pula ualang tanyang. cerita ni boleh geng dengan cerita air mata yang lain. tak puah hati dengan cerita ni Hero dan Heroin dia mati. Apekah?



My Girl
Cerita ni pon macam Hot juga, aku siap beli DVD dengan CD Lagunya. he he he. ulang tayang dah 3 kali. tapi sayang DVD ada 4 keping tapi dah hilang satu *ntah sape yang mencopetnye! grr* sekarang pon cerita ni ada ulang tayang di Animax dengan versi cakap melayu lagi so tak payah susah-susah nak baca sarikata.



Boy's Over Flower
Gu Jun Pyo saranghae. wahh suka tengok mamat rambut kerinting nih. cerita ni kelakar dan sedih-sedih bila dah last-last. Dah berapa kali ulang DVD cerita nih? jagan tanyalah, asal ada masa je memang aku ulang punya. he he he.



Kiss
Tajuk cerita ni pon bukan main lagi, tapi sebenarnya tak menggambarkan tajuk tu pon sikit je pon kiss nye. he he he. aku suka cerita ni sebab boleh bagi inspirasi iaitu jangan putus asa kalau kita suka seseorang. usaha sampai boleh T_T



Marry me Mary
Nice punya cerita. Heroin pon comel mata besau. hero ni tengok lama boleh tahan la. rasanya tengok life memang kacak lah *nak balik segamat nak beli DVD cerita nih, tak pon ada sesiapa boleh belikan cerita nih?*



Dream High
Cerita pasal budak sekolah seni yang semuanya bercita-cita nak jadi penyanyi. Pelakonya boleh dikatakan majoriti penyanyi *hey IU yang kiut miut dalam cerita nih*



My Girlfriend Is Gumiho
wah cerita Gumiho a.k.a Fox di zaman moden. Nice ceritanya, tengok banyak kali pon ok. Motif cerita ni jangan putus asa *fighting!*



Oh! My Lady
fewwitt, drama korea paling letes aku tonton. Sekarang dalam proses ulang tayang yang ke 2 kali. Mari beramai-ramai kita tonton.



Sekarang nih saya dah tak tengok lagi drama korea kat TV tak tau ape pasal! tak sempat, tak berpeluang nak tengok? entahlah.


Sekian, bye
[omo! oppa was here~]

1 comment:

cik najah said...

eh.. kite serupe... hehe ;)

p/s: hidup korea!