Monday, June 13, 2011

Berjalan malam



Assalamualaikum


Bertemu kembali kita dalam rancangan ronda-ronda buang masa lolx *sejak bila pulak mengacara nih, perasan!* Akceli kalau diperhatikan status di FB @ Tweet aku ni teringin sangat nak minum air Mango Sorbet di Noodle Station *dekat kedai mee ko sebok nak air Mango!*


Malam semalam lepas maghrib aku bersiap-siap untuk keluar makan yang kononya ketempat yang ada jual Mango Sorbet yang best


"kakk, kedai Noodle Station dah tutuplah, bangkrap ke?"



Ini air Mango Sorbet Noodle Station. Perghh dah terasa-rasa air ni dekat tekak, sekali sampai kedai dah tak berniaga lagi. adehh T_T. Mujur aku nih belum kawin dan mengandung kalau tidak kompem anaknya *ngences

Perut dah lapar dari siang tak makan nasi rasa macam berat turun 1 kg. Siklus menstruasi buat aku dua tiga hari ni selera makan ke laut! takda satu pon yang rasa nak dimakan dengan banyak. selera makan benda merepek-repek pon takda, cuma minta nak air mango! kecewa!


Huaa kan bagus kalau ada Lee Min Ho disebelah saat Siklus menstruasi seperti dalam cerita Personal Taste nih *wahh berangan kau! kalau ada laki pon belum tentu dia nak buat macam nih!*


Lepas makan semalam walaupun selera kelaut *tapi makan habis jugak!* sempat merayap sekejap masuk kedai elektrik yang konon-kononya nak survey TV besau sebiji untuk tengok cerita korea *berangan kau nak TV LED 5 series* kalau berduit masa tu jugak aku oder, lawonye gambar TV LED fuaa lagi-lagi kedai tu buka konsert Super Junior rasa nak cari kerusi lepak tengok sampai habis. ha ha ha.


Apabila dimarah kat Ida sebab lepak lama depan TV dia terus tarik tengok peti ais. Okeh aku mengaku cerita korea banyak pengaruh aku supaya nak benda-benda yang mahal-mahal! cett! korang jangan terpengaruh!


Peti ais sekarang nih bukan main canggih lagi berpintu-pintu, siap ada tv dekat pintu peti ais! lolx amik kau RM 13000.00. sempat aku berbual mesra dengan nyonya tokey kedai tu tanya ada ke orang beli peti ais nih yang sampai harga berbelas-belas ribu.


"adaaa, sudah 3 biji saya jual! dia hadiah kasi isteri, ada yang sebab minat"


Adoii hadiahkan isteri peti ais harga RM 13000.00, bahagionyo ekau! adakah aku akan sebertuah seperti isteri itu? Ntah-ntah suami dia nak pujuk supaya sain borang untuk kawin dua! ha ha ha, tak baik kau syiro!


Sekian entry merepek-repek tengah hari isnin ini, bye
[sambung buat drawing dan sambil berangan-rangan ada orang yang nak hadiakan TV LED]


3 comments:

wani ezryl * said...

xyah sorbet2 tu.. air mango blended kedai saddam hussein simpang kuala ibai tu jugak yg ohsem! lolx

♣DYA AL-AIEN♣ said...

errrrrrr...
jap jap..
nk join skali la berangan angan ada org hadiahkan mende alah 13000 tu bole???
waaaaaa...
bahagia hidup kalau dapat..
muahahahahaha.. ;)D

syira said...

wani^ tapi kite teringin yg Noodle Station tu punya air mango

dya^di jemput untuk berangan sama.. he he he :)