Sunday, August 21, 2011

Main masak-masak


Assalamualaikum & Hello Polo



Beberapa hari duduk kat rumah jadi macam rajin pulak nak main masak-masak kat dapur ;)
Sedap atau tidak hentam saja, nak isi perut sendiri je pon



Khamis lepas, try sekali lagi buat Kuey Tiaw Hailam. Kali ini mee nye tak bubuh kicap banyak-banyak sebab nanti masin terlebih *boleh kencing masin dibuatnya nanti. lolx* Tapi seperti biasa mesti kuahnya tak jadi pekat, padahal dah letak banyak tepung jagung. Haish macam mana ek?



Jumaat pulak akibat malas nak keluar rumah, rasakan kau makan apa yang ada di dapur sahaja. Nah nasi goreng bodoh je. lolx.



Sabtu macam terlebih rajin nak mencuba. First time try buat macaroni goreng *thanks to Maklang yang bagi resepi* Rasanya kalau letak udang dan sotong lagi sedap kot sebab ada rasa manis-manis sikit.



Sekian, bye
[esok last day roadtax kereta, roadtax baru mana ntah tak sampai lagi. haishh!]


1 comment:

wani ezryl * said...

biasa nak kuah pekat kena letak sos or bawang blend sikit dlm tu ^^v