Assalamualaikum and Hello Polo!

Comel tak kalau nak tukar gaya jadi macam ni? Aku rasa nak try la. Tapi kalau setakat nak berjalan-jalan di Terengganu ni tak payah la nak pakai lebih-lebih buat pelik orang je. hehe.
Ehemm kemarin i layan butik online, amik kau kan dah terbeli sehelai baju. Baru tadi sampai bajunya. Alhamdulillah boleh percaya juga beli online nih, kalau tidak sia-sia aku bagi duit dekat orang tu.
*tapi ini bukan gambar aku, bertuah aku nak bergambar gini, mahunya kena lempang T_T*

Ini satu lagi dress yang aku nak, comel je lebih-lebih lagi jalur-jalur kat bahagian bawah tu. Tapi macam mahal pula dress ni, dah tu labuh kemain *model ni tinggi dia sama dengan aku ditambah pula heals yang dipakai 4.5 inch. ada yang tergolek kalau aku pakai heals tinggi macam tu*
*kedai mana ada jual baju macam ni selain beli online?*

Yang ini lagi aku nakkkk
*tetiba keluar pula laling i kat sini* <---- oh sila jangan muntah

Selain dari baju-baju yang agak gugurl, aku juga nak cari sehelai abaya.
"Ija, saya nak beli jubah hitamlah"
"Kenapa nak pakai jubah hitam pulak? merepeklah budak nih!*
Hahh macam tu lah dia cakap, ala Ija jangan pula awak fikir yang bukan-bukan. Cantik apa jubah hitam nih.
Sekian. Bye. Selamat berhujung minggu semua.
[berusaha dengan keras hujung minggu ni mengemas bilik dan ber-bowling]