Monday, April 4, 2011

Crayon Physic


hari ini masa banyak dihabiskan dengan mentelaah kerja-kerja yang menimbun-nimbun di meja orang lain. TIPU! hari ini seperti hari-hari yang sebelum, duduk bersilang kaki sambil jari meng-klik-klik mouse.

Konon-konon mencari satu application baru untuk henpon aku nih supaya tidak ketinggalan zaman application-nye. tiba-tiba, jumba web yang meng-senaraikan macam-macam GAME *mata bersinar-sinar kalau jumpa game menarik* sedang scroll mencari sesuatu, tadaa jumpa Crayon Physic untuk henpon. baru teringat pernah tengok adik main game ini.


"scroll tanpa putus asa"



jumpa game ni untuk pc. operasi download dengan gigih.
*telah di-sharing-kan, dan sedang berleluasa di opis ini T_T*



game ini memerlukan kita fikir memikir. caranya mudah sahaja hanya fikirkan macam mana bola merah itu boleh pergi ke bintang itu *sila aktifkan otak kiri anda*



cuba fikirkan strategi-nya
*yang ini baru level awal*

level game ni makin lama, makin susah naik pening nak fikir macam mana. sesiapa yang berminat boleh download kat 4shared ye. selamat mencuba.



bye
[nak sambung main lagi ^^]

Sunday, April 3, 2011

maxis value first


11 hari tinggalkan
berat pergi 1 paket
kembali kepada dia
kembali kembang pipi


ini bukan puisi cintan cinton, aku tidak bercinta sekarang ini weh!



itu dia aku yang senang hati bila timbang naik lagi 1kg





okeh cukup kepada cerita yang tidak membawa efek kepada hidup anda pembaca semua. kau orang baca ke? aku tau kau orang tengok gambar aje kan? gambar syiro yang gebu kan? yeyy tepuk bintang sekarang *pengsang*

meleret lah pulak! labels pon merepeknya saya kan.

enuf! siapa sini pengguna maxis? pengguna postpaid? tipon canggih yang siap ada line internet? angkat tangan kejap, nak bagi hadiah nih. hu hu hu tipu. nak tanya je sikit. aku sekarang pengguna prepaid maxis, oleh kerana aku ni selalu sahaja expired date prepaid tu walaupon baki kredit macam banyak lagi, nak survey-survey penggunaan postpaid yang paling murah.








jumpalah maxis value first. RM30 sahaja untuk sebulan cukuplah untuk aku ni yang sangat kurang nak ber-calling-calling dan mesej-mesej *kedekut wehh aku nih!* rasa nak cuba maxis value first, lebih kurang je kalau tengok dia punya rate dengan prepaid yang aku guna sekarang.


"mahal untuk mesej je lah"


masih ditimbang-timbangkan lagi untuk guna line ni, sebab nak tunggu kredit ni habis, mata ganjaran pun ada seribu lebih *rasa nak tebus untuk SMS, tapi nak mesej dengan siapa pulak. oppa sila bagi nombor telifon*








"dik, nak tanya sikit. plan untuk internet yang bayar RM18 sebulan tu macam mana?"


"takda"


"eh, saya tengok kat internet ada?"


"tak sampai sini lagi kot"




senangnya la jawapan budak kerja maxis nih, kalau tak tau jangan kerja situ lah! adakah jurang perbezaan kecanggihan teknologi di Kuala Terengganu ni jauh ketinggalan? seperti Jepun dan Malaysia? *tiada kaitan dengan tsunami okeh*

aku rasa nak try yang monthly pass RM 18 sebulan. ok tak? ada sesiapa boleh explain pasal benda nih? tak pun mana-mana line yang okeh.



bye
[a little crush]

Thursday, March 31, 2011

proses tumbesaran

Polo!




"mak lang, along sengkul lah"

"ha ha ha"



selepas dari itu aku digelar budak sengkul. haishh. aku belajar cakap dari diaorang jugak sebenarnya. kanak-kanak selalu akan cakap sebagaimana orang dewasa cakap, so berhati-hati bila berbicara dengan kanak-kanak.
*sengkul bermaksud lapar*




"along, yang mana satu adik?"

"ko, yang kiri tu lah! muka sendiri pon tak kenal ke?"

"adik mana ingat muka macam mana"




bila pindah masuk felda, kulit semakin gelap mengelap dan berkilat. lolx.
*almari belakang tu masih ada lagi sampai sekarang, dan masih berfungsi menyimpan pinggan mangkut untuk kenduri*



berhari raya di kampung
*with cousins*



inilah dia rumahku, syurgaku. tak ingat tahun bila yang pasti kami masih kecik-kecik dan belum bersekolah
*budak kecik yang kiri sekali itu jiran sebelah kami yang selalu kena buli dengan adik kembar aku. he he he. kami adik beradik masing-masing menggendong teddy bear*




sekian, bye
[lagu kat mp3 aku ni cakap; one, you like a dream comes true]