Thursday, July 28, 2011

senam sihat


Assalamualaikum


Untuk kali keduanya senam muncul kembali pada setiap hari rabu. Jam 5 petang lagi mereka dah laung-laungkan supaya turun bersenam. Ikutkan aja.


Tu dia Pengarah, hebat berlari beberapa pusingan tanpa henti. TERBAIK!



Kami yang berpura-pura berlari. lolx! berjalan je kot untuk panaskan badan *panas dek matahari je pon, bukan sebab berlari!*



Ini baru buat panaskan badan betul-betul. Bila betul-betul pon aku macam sambil lewa *lembik kau syiro!*



Oksigen Oksigen selepas lari keliling padang. Terus rasa macam nak pitam kepala pening-pening. Perghh memang aku dah lama tak bersenam.



Rampingkan selepas berlari dua pusingan padang. Okeh itu je yang termampu T_T



Yang ini selepas semua orang dah pancit, Pengarah masih boleh berlari, kami acah-acah follow nak masuk gambar je. Dah siap ambil gambar aku terus patah balik dok relek kat kerusi T_T


Kira cukuplah berlari dua pusingan sebab ini minggu kedua Senam Sihat, bila masuk minggu ke 3 kita lari 3 pula dan seterusnya. Tak boleh lari lama-lama, bisa-bisa nanti urat saraf dan otot-otot T_T



Hoyehh aku kat opis dah boleh Skype semula, kembali aktif ber-skype. Alahh bukan ada sapa-sapa pon dalam tu, kawan-kawan JKR lama je *seronok boleh chat mengimbau kenangan lama*



Oleh kerana hari ini sangat boring dan masa berjalan sangat lambat, aku pon godeh-godeh photoshop so jadilah gambar ini untuk wallpaper baru T_T


Esok balik kampung, macam konpius jugak nak balik mana. Tiket bus tak beli lagi kalau takda aku redah je naik kereta, aku pon amik cuti panjang cuma takut malas nak drive balik ganu semula je nanti. he he he.




Sekian, bye jumpa lagi dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday #8



gambar yang bercerita


Monday, July 25, 2011

Game#1


Hello Again

Hari ini tamak sebab nak buat entry sampai dua, sebenarnya sedang tak sibuk-sibuk nih dok layan game kejap, balik-balik main game pikachu. Itu je kot game yang yang tak payah nak fikir sangat bila nak main. Orang lain dah main game angry bird segala bagai, aku dah 4 tahun masih main game sama T_T

Okeh aku ni pon sebenarnya pon kaki game jugak, sebelum ni ada banyak game dalam pc, bila pc aku tu dah tak boleh nak on so berkuburlah hobi main game kat rumah. Sekarang ni main game kat opis je, itu pon cover-cover kadang-kadang slumber je bos ada kat belakang buat tak tau je main game he he he.

Antara game yang aku suka

O2Jam



Game ni cuma tekan-tekan kat keyboard tapi kena ikut la benda yang turun kebawah tu. Fly Magpie antara lagu yang selalu menjadi pilihan. Setelah beberapa tahun meninggalkanya entah ada lagi atau tidak skill main game ni jadi perfect banyak kali T_T



Highstreet 5



Yang ini pon best, selalu buat aku ketagih. Kerana game ni boleh buat aku nak balik kampung selalu, almaklumlah game kena main on9, kat kampung ada internet boleh main dengan adik *slumber je mengadap main game ni untuk beberapa jam!* Oleh kerana game secara on9 sure la semasa main game siap boleh chat-chat, cari pasangan untuk watak dalam game tu, boleh letak status relationship. Dalam game ni aku ada partner, lupa dah sape nama dia siap istihar engagement lagi. So kalau menari dengan dia je, orang lain tak boleh kacau. he he he.

Nak main game ni pon just tekan-tekan anak panah kat keyboard, tapi kena ikut anak panah yang keluar masa main game. Fokus yang penting masa nak main game nih, orang sekeliling tak boleh kacau atau cuba berbual-bual dengan kita.



Game yang selalu jadi pilihan aku bukanlah game yang terlalu sarat sampai kena pikir berkerut-kerut dahi. Yang penting main game cuma nak relax kan kepala sahajakan, tapi jangan sampai ketagih pulak T_T.


Sekian