Thursday, March 17, 2011

burung pink dan burung biru


Assalamualaikum

ha ha ha *ketawa makcik sihir* akhirnya aku ada juga laman sosial yang baru si burung biru tweet tweet. bukanlah baru diwujudkan akaun ni, tapi kira yang terbarulah. kalau orang sekarang cerita pasal tweet takda lah aku ketinggalan atau tercicir it. paling kurang tahulah juga bagaimana rupa tweet ni.

ada sebab-sebab tertentu aku wujudkan tweet nih, sebab nak ngorat pakcik a.k.a Ikram Dinzly dan juga Ashraf Muslim *pangg kan dah kena penampor!* tulis je nak ngorat, takda maknya aku buat begitu. saja-saja suka baca aktiviti mereka setiap hari. Tomok pon aku follow juga, macam sempoi je hidup dia, makan nasi lauk ayam goreng dan kicap je he he he, sama je macam kite.

tweet tweet

sebelum ni kecoh kata akaun FB akan ditutup, tapi hari ini dah 17hb, masih lagi boleh on9 FB. FB pon macam semakin lembab nak loading, bukan aku seorang yang cakap macam tu, tapi ramai lagi.

semua kawan baik aku suruh aktifkan tweet ni he he he, senang nak bergossip maklum lah FB ada masa-masa tertentu sahaja boleh buka, guna HP loading macam lembab pulak. so, jalan penyelesaian yang lain kita guna tweet.


like banyak kali tweet aku [syahira1010]
*ada ke orang like sendiri dia punya tweet?*

layout terbaru tweet aku, comel tak? comel kan comel kan, baik cakap comel kalau tak aku jentik nanti! he he he. kepada sesiapa yang ada tweet ni, sila aktif bukan sekadar ada sahaja ek.



sekian, mari kita bertweet

[esok aku akan memandu sejauh 380 km sendiri, semoga dipermudahkan perjalan esok]

4 comments:

다(da)양(yang) said...

ha'ah..fb skang lambat giler..

afiq. said...

layout twitter xlawa..
header blog ni lawa..hahaha ;p

YOUsoF said...

Masih tak teringin lagi nak bertweet².. Senang kate tak rajin lagi lah hehe..


Tomok memang macam kita jugak cume dia spesel sikit sebab penah dapat 1juta.. ;D

wani ezryl * said...

nk jugak aktif tweet tp ko tau je la connection kat ofis ni mcm mn.. harem!! *hentak connection dgn kayu hoki*