Sunday, August 7, 2011

fabulous sale


Salam Sunday and Hello Polo :)

Yeah kembali segar selepas cuti seminggu dikampung *buek tipu* takda maknanya nak segar, semakin layu adalah. Rasanya macam dah hilang terus rasa nak kerja di sini. Pindahkan aku cepat! Aku bosan dengan orang yang HIPOKRIT! Cool syiro, bulan-bulan puasa nih tak elok nak marah orang T_T *tunggu lepas puasa baru ko marah-marah!*

Kembali kepada cerita asal yang nak di beritahu, bukan main gempak lagi dengan fabulous sale, sale la sangat lagi-lagi nak masuk musim raya beraya. Pendek cerita last week aku sempat merayau shopping-ness, ambik kau lepas balik bershopping terus demam kepenatan T_T

Rembat satu beg tangan jenis ini, he he he



Oleh kerana CIK BONI aku dah tak nak berjalan lagi, aku rembat satu jam ini. Sekarang teman baru CIK DK. Walau apa pun aku akan tetap mengubati CIK BONI, sayang wooo~



Untuk Waras juga tidak ketinggalan, kasi tukar kasut baru *thank's to ayah sebab belikan tayar Michelin*. Tengah bulan nanti kita kasi hidup road tax pulak *pokai aku macam nih! baju raya tak beli lagi nih! haishh!*



Lie To Me
Cerita korea baru yang sempat dibeli. Best cerita nih, malam ni nak layan lagi he he he.




Malam ni ada majlis berbuka puasa opis di rumah pengarah, boleh tak kalau tak nak pergi sebab sekarang ni mood malas nak bergaul dengan orang sekeliling T_T


sekian entry untuk hari ini, esok-esok aku buat entry cerita selanjutnya sepanjang percutian di kampung
[sakit hati ke aku cuti lama-lama? ada aku kisah!]



1 comment:

wani ezryl * said...

malas nk bgaul jugak. mari bukak kelab 'malas nk bsosial spnjg bulan' ahaha