Thursday, March 31, 2011

proses tumbesaran

Polo!




"mak lang, along sengkul lah"

"ha ha ha"



selepas dari itu aku digelar budak sengkul. haishh. aku belajar cakap dari diaorang jugak sebenarnya. kanak-kanak selalu akan cakap sebagaimana orang dewasa cakap, so berhati-hati bila berbicara dengan kanak-kanak.
*sengkul bermaksud lapar*




"along, yang mana satu adik?"

"ko, yang kiri tu lah! muka sendiri pon tak kenal ke?"

"adik mana ingat muka macam mana"




bila pindah masuk felda, kulit semakin gelap mengelap dan berkilat. lolx.
*almari belakang tu masih ada lagi sampai sekarang, dan masih berfungsi menyimpan pinggan mangkut untuk kenduri*



berhari raya di kampung
*with cousins*



inilah dia rumahku, syurgaku. tak ingat tahun bila yang pasti kami masih kecik-kecik dan belum bersekolah
*budak kecik yang kiri sekali itu jiran sebelah kami yang selalu kena buli dengan adik kembar aku. he he he. kami adik beradik masing-masing menggendong teddy bear*




sekian, bye
[lagu kat mp3 aku ni cakap; one, you like a dream comes true]

Wednesday, March 30, 2011

Volkswagen Golf GTI


Polo!

kali aku nak share sikit the most wanted car i do adore *ape ko merepek nih?* baru-baru ni turun KL nampak ramai yang dah pakai kereta ni, especially warna merah. sekali melintas depan aku, tak berkelip mata T_T. berhenti sebelah dok intai-intai kat dalam kereta tu *wahh kau! jakun!*

sebelum ni aku gilakan sangat Toyota Camry [boleh klik sini], sekarang yang ini pula. walau apa-apa pon kedua-duanya aku suka. kalau diberi pilihan dua-dua aku nak tibai bawak balik.


"berangan beli Sijil Simpanan Premium BSN, kalau dapat kereta BMW boleh jual beli GTi nih"


hensem ^^


kacak


gojes


*kacak luar, kacak dalam*


adik aku nih, belum apa-apa dah posing depan kereta nih!
*sory beb tak boleh bagi kereta ni sebagai hadiah kat u*



. . . . . . . . . . . . . .


Prices & Technical Specifications.

Prices & Technical Specifications.

Find out more.


How much fuel does your Golf GTI consume? Which emissions class is it in? How high is its engine capacity? In order to receive a more detailed overview, please select a specific engine below.
Petrol
Available for this
Model versions: Golf GTI 2.0 Turbo TSI
Special models:
Price (RM)
Version 155 kW (210 PS) Turbo TSI
Nett selling price - Peninsular Malaysia* 209,888.00
Nett selling price - Sarawak* 212,888.00
Engine, gearbox, electrical system
Engine type 4-cylinder petrol engine
Cubic capacity, litres/cm³ 2.0/1984
Injection method/turbocharged or twincharger Direct injection/exhaust turbocharger
Max. Output, kW (PS) at rpm 155 (210)/5300-6200
Max. Torque, Nm at rpm 280/1700-5200
Emission category Euro 5
Gearbox, standard 6-speed direct shift gearbox DSG
Fuel tank capacity, litres approx. 55
Weight, kg
Gross vehicle weight 1890
Unladen weight (kerb weight) 1414
Top speed, kph
With direct shift gearbox DSG 238
Acceleration from 0-100 kph, s
With direct shift gearbox DSG 6.9
Fuel consumption, litres/100 km***
Fuel grade Premium unleaded, min. 95 RON
Urban 10.0
Extra-urban 5.9
Combined 7.4
CO2 emission combined, g/km 173
Exterior dimensions
Body Type 5-door
Length/width/height, mm 4213/1786/1501
Wheelbase, mm 2578
Track front, mm 1533
Track rear, mm 1514
Turning circle, m approx. 10.9
* Price excluding registration and inspection fees, road tax, number plate and insurance.
** Technical specifications and features may change without prior notice.
Notes
*** The figure listed have been determined in accordance with the measuring method stipulated (Euro 5 VO (EG) 715/2007 which is currently valid). These figures do nt refer to a particular vehicle and do not constitute part of the offer but are purely for comparison purposes between the various types of vehicle. In addition to the fuel efficiency of a car, driving behaviour as well as other non-technical factors play a role in determining a car's fuel consumption and CO2 emissions. CO2 is the main greenhouse gas responsible for global warming.


. . . . . . . . . . . . . .



macam mana dengan price dia? ok tak? aku rasa macam nak pengsan tengok harganya *pandang kereta, pandang harga, pandang kereta, pandang harga, ohoii tak padan dengan aku*



"bapak gula, oh bapak gula"



sekian
[gigih bekerja bila teringatkan kereta ini]

Tuesday, March 29, 2011

small gathering C-9-8


Assalamualaikum

Agak lama juga tak ber-blogging nih, maklumlah bercuti-cuti sepanjang minggu lepas. Kuala Lumpur tempat untuk berkursus, Sri Petaling tempat menginap *lojing* dan Sunway Piramid tempat untuk bergedik-gediks.

habis kursus sempat untuk ber-gathering kecil-kecilan bersama teman-teman lama Sri Tanjung USJ. masing-masing dalam proses tumbesaran ^^ semakin meningkat usia, metabolisma semakin rendah sebab itu semakin gebu-gebuan *dulu aku terlebih exercise sebab tu kurus, sekarang dah semakin manja nak berjalan lama-lama*


tengok mereka berdua berlindung disebalik aku. he he he.


ini dia Sri Tanjung USJ, kalau sesiapa lalu highway elite memang nampak
*USJ zon bersih sebab tu aku suka tinggal kat sini dulu*


pick-up Nia dekat USJ, terus gerak ke Jalan TAR. shopping time. memang sangat heaven kalau nak bershopping tudung dekat sini, bawa rm50 pon sudah cukup untuk mendapatkan beberapa helai shawl. kalau masuk kedai Ariani, rm50 pon belum cukup untuk sehelai tudung.


bukti berada dijalan TAR
*bising geng-geng JKR sebab tak jenguk mereka, sory lah weh masa aku sangat terhad dan perlu digunakan sebaik mungkin*


geng bershopping
*kalau aku turun sana lagi, kita shopping lagi ek ^^*


penat membeli dan membelek, masa untuk mengisi perut. destinasi Food Court Maju Junction
*menu ABC Aiskrim dan set Chicken Chop. harga semua rm 10++. rasa boleh la tahan*


siap-siap makan berangkat ke Sunway Piramid, jemput dulu Nora di PJ then amik anak dia.
*sangat berbeza sebelum berkahwin dah dan bila berkahwin. masing-masing semakin besar.*


lupa ada seorang geng yang tak dapat join konon-konon nya time ni lah sangat sibuk! *rugilah ko Azie tak join sama beronggeng*


okeh, bye
[mood cuti masih menebal T_T]

Tuesday, March 22, 2011

bikin hati panas je


Assalamualaikum and very very the Good Morning
*dengan nada yang gedik-gedik*


semalam mood aku sangat-sangat HOT, yang mana sepatutnya aku sangat bergembira. mana tidaknya semalam habis kursus jam 3.50 petang so siap-siap minum petang terus menuju ke kereta dengan hati yang girang nak pulang awal ditambah pula dengan jalan yang lengang, sure sampai rumah cuma ambil masa 15 minit sahaja.

ku sangkakan hujan hanya renyai-renyai, tapi lebat berserta ribut petir *tipu dah ni, semalam renyai-renyai kadang-kadang lebat sikit!* wah, kereta aku telah dikepung-kepung dengan maksud lain di tindih-tindih la dengan kereta yang lain. adehh ingat double park yang boleh tolak-tolak, ambil kau dengan handbrake yang ditarik sangat tinggi!

takpa lah aku tunggu kejap, lagi 20 minit dia orang baliklah *agak-agak orang yang double park ni balik kul 4.30* tapi macam hampeh je, tengok orang keluar dari opis lalu-lalang, tapi tiada seorang pon yang menuju salah satu kereta yang mengepung aku. jam dah pukul 4.45 petang, takda juga batang hidung orang nih. aku dah naik hot ni walaupon dalam kereta pasang aircond.
tengok tu macam mana kereta aku di kepung
*waras nama kereta aku T_T*

hampir sejam jugak lah aku menunggu salah satu tuan kereta ni, finally muncul juga tuan nya. tuan kepada ketera biru itu. perghh dia dah tahu aku tunggu dalam kereta, lagi tak mau jalan weh! panaskan enjen sampai 10 minit! apekah!! padan muka kena hon dengan aku. wahh rupanya tunggu makwe, cit dah la jalan terkedek-kedek. aku pon pakai heals juga kak, takda la slow gile jalan macam kau! dah la tak reti nak minta maaf, say sorry pon takda. apa punya orang lah nih!

kepada mereka-mereka yang berniat untuk mem-block kereta orang lain masa parking, pastikan korang buat benda-benda ni semua;

* jangan tarik handbrake, kalau kereta auto pastikan gear N
* tinggalkan nombor telefon, supaya tuan punya kereta yang di-block boleh call untuk berkenalan. bukan nak suruh alihkan kereta
* pastikan anda PULANG AWAL *jangan nak terkedek-kedek pulak*


sekian, bye
[kawan-kawan semua jangan buat macam nih, nanti aku jentik kalau ada yang buat]

Thursday, March 17, 2011

burung pink dan burung biru


Assalamualaikum

ha ha ha *ketawa makcik sihir* akhirnya aku ada juga laman sosial yang baru si burung biru tweet tweet. bukanlah baru diwujudkan akaun ni, tapi kira yang terbarulah. kalau orang sekarang cerita pasal tweet takda lah aku ketinggalan atau tercicir it. paling kurang tahulah juga bagaimana rupa tweet ni.

ada sebab-sebab tertentu aku wujudkan tweet nih, sebab nak ngorat pakcik a.k.a Ikram Dinzly dan juga Ashraf Muslim *pangg kan dah kena penampor!* tulis je nak ngorat, takda maknya aku buat begitu. saja-saja suka baca aktiviti mereka setiap hari. Tomok pon aku follow juga, macam sempoi je hidup dia, makan nasi lauk ayam goreng dan kicap je he he he, sama je macam kite.

tweet tweet

sebelum ni kecoh kata akaun FB akan ditutup, tapi hari ini dah 17hb, masih lagi boleh on9 FB. FB pon macam semakin lembab nak loading, bukan aku seorang yang cakap macam tu, tapi ramai lagi.

semua kawan baik aku suruh aktifkan tweet ni he he he, senang nak bergossip maklum lah FB ada masa-masa tertentu sahaja boleh buka, guna HP loading macam lembab pulak. so, jalan penyelesaian yang lain kita guna tweet.


like banyak kali tweet aku [syahira1010]
*ada ke orang like sendiri dia punya tweet?*

layout terbaru tweet aku, comel tak? comel kan comel kan, baik cakap comel kalau tak aku jentik nanti! he he he. kepada sesiapa yang ada tweet ni, sila aktif bukan sekadar ada sahaja ek.



sekian, mari kita bertweet

[esok aku akan memandu sejauh 380 km sendiri, semoga dipermudahkan perjalan esok]

Tuesday, March 15, 2011

hentam je kan?

me : hello
apek : hello, ada gas tak?
me : huh!
apek : saya mau gas
me : sorry, wrong number


me : hello
nyonya : *&^)_+@# (cakap cina)
me : huh!
nyonya : %^*#@!~* (cakap cina)
me : sorry, tak paham
nyonya : soly la moy, sudah salah la


me : hello
makcik : berapa bil nombor ni?
me : ape dia?
makcik : bil bil. kat mana ni?
me : terengganu
makcik : salah nombor


me : hello
pakcik : bla bla bla bla bla bla bla (cakap tanpa henti, panjang pulak tu)
me : sape ni?
pakcik : lah, tak kan tak kenal?
me : sape?
pakcik : pak ngah la
me : oh, pak ngah


me : saya nak tukar syiling
kaunter bank : *&^(#$@&^*$#!~ (cakap cina)
me : huh!
kaunter bank : *&^(#$@&^*$#!~ (cakap cina)
me : saya tak paham cakap cina
kaunter : oh, sorry I ingat U cina. muka U macam cina la
me : (senyum ;)


inbox : bro, aku budak semalam yang pakai RXZ. berapa kau nak jual benda tu?
me : (lantak kau lah malas nak layan!)


inbox : mms selamat hari raya. jangan lupa amik aku kat umah.
me : (ape kena orang nih?)

Monday, March 14, 2011

drawing


Polo

pagi tadi ada taklimat tribunal tuntutan pengguna, barulah aku tahu macam mana kita ni seorang pengguna nak meng-saman orang yang menipu kita. tapi itu bergantung pada kes la *tiba-tiba ko ni syiro nak mengulas pulak taklimat tadi!* mujurlah taklimat cuma sampai jam 12.30 tengah hari, kalau lebih dari itu sure aku mengikut jejak langkah mereka untuk bertafakur dengan nyenyak bagai berselimut dengan toto ^^

habis taklimat terus masuk opis, settle hal untuk berkursus. tidak sabar untuk berkursus POYO -_-' ha ha ha. masa untuk bersuka ria sambil bergembira okeh, dapat claim pulak tuh masyukk. movie, berjalan-jalan melihat orang bershopping dan masa untuk dating bersama teman-teman.

pulang ke kampung masa untuk mencari DVD Korea terbaru, makan makan, mak, ayah, kembang dan anak-anak. hopefully jugak my nephew dah lahir time tu *baby, mama along dah tak sabar nak cium kamu*



inilah kerja yang aku hadapkan sepanjang hari ini dan juga semalam-semalamnya *masih juga sempat berblogwalking he he he* gambar semua sudah siap dilukis cuma sedang menyusun atur dalam kotak saiz A4 berhelai-helai jugaklah lukisan nih. cepat siapkan syiro, nanti nak bercuti panjang. baikk.


sekian, bye
[currently listening - cry me a river]

Sunday, March 13, 2011

sekuntum bunga dan sehelai daun sirih


Assalamualaikum dan Salam Hari Ahad

senyumlah di pagi ini dan mulakan hari dengan bacaan Al-Fatihah moga-moga dibekati Allah S.A.W *wahh pandai dah syiro dengan intro-intro yang agak Islamic, penangan Ustaz Amirul*

musim cuti sekolah sudah tiba dan membawa maksud kepada musim perkahwinan. undangan WalimatulUrus datang dari serata negeri *5 kenduri hari yang sama* kepada semua kawan-kawan yang telah melangsungkan hari bahagia,

Marina Ahmad Kardri *Melaka*
Nik Zainab *Kelantan*
Penghulu Induksi *Melaka*
Zetty JKR *Senawang, N.Sembilan*
Adik Noorul Asliza *Jerangau, Terengganu*

Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Ke Akhir Hayat



menerima sekuntum bunga dan sehelai daun sirih, membawa maksud apakah? katanya tahun depan kahwin, orangnya ada cuma belum sampai depan kamu lagi. adehhh, duit belum cukup lagi mak cik.


sekian, bye

Wednesday, March 9, 2011

syiro penat


Assalamualaikum danHello Hello



syiro penat! serius dia sangat penat sekarang ini! banyak kerja kononnya, tapi serius dia memang sedang bertungkus lumus menyiapkan drawing yang telah diminta oleh bos lamanya *bos kerja swasta dulu* maksudnya dia telah membuat kerja luar di waktu opis. jahat kau syiro! dari masa terbuang begitu sahaja lebih baik kita memahirkan lagi skill penggunaan AutoCAD kan? lebih-lebih lagi boleh dapat duit poket untuk beli bedak.

selain penat, syiro juga sangat merindui kampung halaman. hampir 3 bulan tidak pulang ke kampung *rindunya dengan bilik I dan bantal-bantalness di sana T_T* syiro bukan anak derhaka ek sebab lama sekali tidak pulang, tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. poyo. salahkan mereka yang menghantar saya bekerja jauh-jauh! kecewa -_-'

memandangkan syiro lama tidak pulang, jadi dia mengambil kesempatan dengan meng-apply kursus di KL, ahakss dapat okeh *maksudnya I akan meninggalkan Kuala Terengganu selama 10 hari. hoyehhh* tapi, habis kursus nanti terpaksa rushing balik semula KT sebab kursus kat sini pulak! alahhh, tak kira syiro TAKnak attend kursus di KT ini sebab nak beronggeng dengan teman-teman ronggeng yang lama tidak bersua! *biarkan bos itu nak marah*

sekian entry, sebab nak sambung buat kerja semula *tengah lukis Detail Louvers dalam bentuk 3d* sangat mencabar okeh! bye

Tuesday, March 8, 2011

Sunday, March 6, 2011

cuba-cuba


Hello Hello

mari belajar sesuatu yang baru *tiba-tiba* hari ini aku telah menghabiskan masa dengan mempelajari sesuatu yang baru dan sangat complicated pada aku *hehh tu pon susah ke?* yer mari kita belajar Adobe Illustrator a.k.a Ai. Ai ni dah lama ada dalam PC aku ni, cuma aku yang tidak pernah terfikir nak godeh-godeh dia sebab Photoshop tu nampak lebih menarik. ahakss.

pada aku nak guna Ai ni macam susah sikit, maklumlah baru hari ini nak belajar gunakan nya. berbeza sangat dengan Photoshop, command dia pon tak sama *klik sana klik sini tak jadi juga!* oleh kerana aku ni tiba-tiba macam sangat minat untuk mendesign sesuatu dalam bentuk grafik aku gagahkan juga! *sangat gigih kalau nak buat benda-benda yang macam ni?*

google kat internet jumpalah satu laman web ni yang ada sediakan tutorial untuk buat grafik 3D. print out nota, terus try buat. hampir-hampir putus asa bila yang di ajar tu tak dapat nak buat *rasa nak baling je banda ni ke laut! mujur PC ni opis punya. hehh*




ini lah hasil percubaan yang pertama aku buat. warna pada tulisan tu nak diterangkan lagi, tapi entah kenapa tak menjadi! lolx. macam mana hasil yang pertama ini? aku rasa nak buat ini pon buat mata lebam-lebam rasanya sebab terlalu fokus T__T. link untuk sesiapa yang berminat untuk mencuba buat tulisan 3D [boleh klik disini] ingat jangan putus asa! ahaks kata-kata semangat disitu.


okeh, bye dan selamat mencuba

Thursday, March 3, 2011

header


seperti yang korang semua dah nampak, aku dah tukar lagi header blog aku nih *tahun ni je ntah berapa kali dah aku tukar header* almaklumla dok opis nih takda kerja, godeh-godeh la photoshop nih dari dia terbiar sahaja kan.


1. ini header yang digunakan sekarang




2. mula-mula guna header yang ini, tapi dia keluar sekerat je, tak sampai kehujung
*tapi gambar ni jadi wallpaper PC aku. ahakss*




3. try yang ini jugak, sekerat juga yang keluar!




antara ketiga-tiga header ni yang mana better? sila undi sekarang talian undian sudah dibuka

turun ke BUMI

Hello Hello

apa benda ek nak cerita? aku macam dah tak tau sangat nak cerita apa. sebelum tidur pon tidak dapat fikirkan sesuatu untuk blog nih. haishh.
dari pagi tadi aku asik dengar lagu Down To Earth by Justin Bieber. siapa sini peminat Justin Bieber? sila angkat monitor/laptop anda itu hehehe. aku ni takla minat sangat tapi suka juga dengar lagu-lagu dia, hapy-hapy gitu lagu dia. adik aku boleh dikatakan minat Justin Bieber ni, sampai dia pergi beli tiket konsert Justin Bieber bulan 4 nanti. mahal dowh 3++ pergi tengok seorang pulak tu *takpe lah dik, kirim salam je ek kat Justin Bieber tu nanti*

mari kita menyanyi beramai-ramai, kalau takda gi download lagu ni. ehemm ehemm test test mike ni, one two one two *rasa nak pergi karaoke la pulak!*


ohhh,ohhh,oh
I never thought that it'd be easy,
Cause we're both so distant now,
And the walls are closing in on us and we're wondering how,
No one has a solid answer,
But just walking in the dark,
And you can see the look on my face, it just tears me apart.

So we fight, (so we fight)
Through the hurt, (through the hurt)
And we cry and cry and cry and cry,
And we live, (and we live)
And we learn, (and we learn)
And we try and try and try and try!

So its up to you, (oh)
And its up to me, (yeah)
and we meet in the middle, on our way back down to earth,
Down to earth, down to earth, down to earth
On our way back down to earth,
Back down to earth x8

Mommy, you were always somewhere,
And Daddy, I live out of town,
So tell me how could I ever be, normal somehow?
You tell me this is for the best,
So tell me why am I in tears?
(Woo) so far away and now I just need you here,

So we fight, (so we fight)
Through the hurt, (through the hurt)
And we cry and cry and cry and cry,
And we live, (and we live)

And we learn, (and we learn)
And we try and try and try and try

So its up to you,
And its up to me,
And we meet in the middle, on our way back down to earth,
Down to earth x3

On our way back down to earth, (on our way back down to earth)
Back down to earth x8

I felt so far away,
From where we used to be,
And now we're standing,
And where do we go,
when there's is no road (no road)
to get to your heart?
Lets start over again!

So it's up to you,
And it's up to me,
And we meet in the middle, on our way back down to earth,
Down to earth, (down to earth)
Down to earth,
On our way back down to earth,

I never thought that it'd be easy,
Cause we're both so distant now,
And the walls are closing in on us and we're wondering how?


okeh dah hafal belum lagu nih? aku nih kalau dengar satu hari pon belum tentu aku boleh hafal, cuma hafal part cores je, har har har. aku paling suka ayat dalam lagu "So it's up to you, And it's up to me" banyak makna nih. opss sorry aku tidak boleh nak cerita apa makna ayat ni pada aku, rahsia tetap rahsia *demm bila la ko nak berubah ni syiro?*


okeh bye



Tuesday, March 1, 2011

happy birthday AFIQ



happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to AFIQ
happy birthday to you


hari ini 1 mac birthday adik aku yang bongsu sekali Mohd Afiq Bin Abu Bakar a.k.a apit. besar dah adik aku ni, rasanya macam baru je lagi aku buatkan susu masa kecik dulu *aku tengah best main layang-layang kena panggil mak suruh balik buatkan susu dia! pembuli betul lah!* ohoo dia mewarisi sifat aku yang suka membuli ahaks


sedang berangan posing dengan bakal kereta aku. ehemm.


bahagio ekau

untuk apit, along tengah open nih sempena birthday ni nak hadiah ape? kau jangan mintak benda yang along tak mampu ek. nak lebih-lebih mintak dengan mak dan ayah. har har har

okeh bye